Kalau sesiapa sedang bercuti kat Taiping dan kebetulan masa tu ada kat Kuala Sepetang untuk layan mee udang, lepas tu tiba-tiba bos cari. Berdering-dering telefon. "Eh, macam taktau plak aku tengah cuti. Kusut ah, malas nak jawab! Leave me alone!" Cewah!

Haaa... selain padamkan saja telefon, apa kata lari ke sebuah destinasi terpencil, untuk bebaskan diri di lokasi yang kita boleh betul-betul bersendiri.

Kampung nelayan Kuala Sangga ni memang port terbaik! 30 minit jer dari jeti Kuala Sepetang.

Kalau naik bot, macam ni la pemandangannya ketika dalam perjalanan

Kampung nelayan ni dibuka sekitar tahun 1840-an dan sekarang hanya lebih kurang 50 keluarga jer menetap kat sini. Itupun makin ramai generasi muda kampung ni dah berhijrah ke bandar.


Keperluan asas seperti air dan elektrik pun tercatas kat sini, apatah lagi nak dapat network telefon bimbit korang! Memang hujung dunia lah!


Betapa kecilnya kampung ni, kurang setengah jam anda dah abis pusing-pusing. Ada satu kuil, satu gereja, satu sekolah, satu kopitiam. Itu jela! haha.

Kat sini korang boleh la layan jiwang tengok momen matahari terbenam, dekati aktiviti nelayan komuniti Cina, dan yang gemar memancing tu, silalah cari port yang best kat hujung tanjung.