Dash Box Hotel Cyberjaya merupakan salah satu lokasi percutian atau weekend getaway yang cukup menarik dan sesuai untuk mereka yang ada anak berusia 12 tahun ke bawah.

Di sini, biliknya yang berkonsepkan kabin dengan ruang yang amat luas mampu memberikan pengalaman menakjubkan di samping memberi ketenangan walaupun berada di bandar pintar seperti Cyberjaya.

Lokasi Dash Box Hotel Cyberjaya yang strategik

Ini menjadi antara pilihan penting bagi mereka yang tinggal di ibu kota Kuala Lumpur yang cuba untuk menenangkan diri sambil beriadah bersama famili.

Tempoh perjalanan sehingga 45 minit dari ibu kota menjadikan Dash Box Hotel Cyberjaya amat mudah diakses.

Merasai kehidupan berteknologi tinggi di Dash Box Hotel Cyberjaya

Merasai kehidupan berteknologi tinggi di Dash Box Hotel Cyberjaya

Merasai kehidupan berteknologi tinggi di Dash Box Hotel Cyberjaya

Merasai kehidupan berteknologi tinggi di Dash Box Hotel Cyberjaya


Kemudahan berteknologi tinggi

Di sini, kaedah pembayaran berteknologi tinggi turut diterima (termasuklah penggunaan kad caj, kad debit mahupun kad kredit) menjadikan ia amat mudah tanpa perlu berfikir panjang untuk mencari mesin ATM untuk mengeluarkan tunai.

Malahan, bagi anda yang mungkin suka makanan daripada tempat lain (terutama perkhidmatan penghantar makanan di Cyberjaya amat banyak), maka anda boleh tempah sahaja dan ia dihantar terus kepada anda.

Akan tetapi, mungkin juga anda akan dipersoal pihak hotel, jadi pandai-pandai la ya!

Merasai kehidupan berteknologi tinggi di Dash Box Hotel Cyberjaya

Merasai kehidupan berteknologi tinggi di Dash Box Hotel Cyberjaya

Merasai kehidupan berteknologi tinggi di Dash Box Hotel Cyberjaya

Banyak angle menarik untuk bergambar!

Kat Dash Box Hotel Cyberjaya ni, memang ada banyak lokasi yang boleh anda simpan sebagai kenangan dan detik terindah.

Landskap yang dibina amat moden dan sangat instagrammable untuk semua jenis manusia.

Jadi, kalau rasa nak menikmati pengalaman mendapatkan Foto Lawa kat sini, bolehlah cuba untuk menginap di Dash Box Hotel Cyberjaya sebab kat sini menawarkan keperluan percutian dalam bandar yang cukup unik.

Merasai kehidupan berteknologi tinggi di Dash Box Hotel Cyberjaya

Merasai kehidupan berteknologi tinggi di Dash Box Hotel Cyberjaya

Merasai kehidupan berteknologi tinggi di Dash Box Hotel Cyberjaya

Merasai kehidupan berteknologi tinggi di Dash Box Hotel Cyberjaya

Sumber: https://dash-hotels.com/cyberjaya-malaysia/index.php

Booking.com